CARA MUDAH MELEGAKAN SAKIT LEHER & PINGGANG DI TEMPAT KERJA

 

 

Badan tidak direkabentuk untuk bekerja dalam jangka masa yang lama. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional [NIOSH] mengesyorkan berehat selama 10 minit selepas 2 jam jika kerja utama anda berintensiti sederhana, dan rehat 15 minit selepas 1 jam jika kerja terlalu berat. Anda juga boleh merehatkan badan tanpa menyimpang jauh dari meja komputer anda.

Ruang kecil sahaja diperlukan semasa melakukan teknik ini, tak perlu bimbang, bos anda tidak akan perasan. Berikut adalah beberapa idea yang boleh anda lakukan semasa berehat depan komputer yang boleh membantu anda menguruskan sakit leher atau pinggang:

 

1. TUKAR POSISI DUDUK BAGI SETIAP 10-15 MINIT

Pergerakan kecil ketika duduk bukanlah tidak baik seperti yang anda pelajari. Dalam erti kata lain, cubalah untuk mendapatkan pergerakan seluruh tubuh anda ketika berehat seketika. Berikut adalah beberapa perkara lain yang mungkin anda boleh cuba:

  • Laraskan tempat duduk anda dengan meja komputer. Pakar memberitahu kita harus menghadap komputer dari kerusi secara tegak dan sejajar. Jadi luangkan sedikit masa untuk menetapkan semula postur duduk anda. Ia mungkin melibatkan tulang belakang anda dan mengendalikan kawalan kerusi anda supaya pinggul, lutut dan sudut siku adalah 90 darjah sudut kanan.
  • Regangkan tangan anda ke arah siling untuk mengatasi tekanan sepanjang anda duduk.
  • Tekankan tangan anda pada lengan kerusi dan tahan menggunakan tapak kaki pada lantai. Biarkan tulang belakang anda “menjuntai” untuk memberikan sedikit daya tarikan kepada pinggang anda.
  • Lakukan senaman postur.
  • Jika anda tidak pernah mengalami kecederaan tulang belakang, anda mungkin boleh menggunakan ‘exercise ball’ secara terhad. Tak semua orang sesuai menggunakan exercise ball ini.

 

BACA LAGI:

 

2. BANGUN DARI TEMPAT DUDUK

Kadang-kadang kita mempunyai pilihan untuk bergerak, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Ia bertujuan untuk melindungi kesihatan tulang belakang anda serta dapat membakar kalori tambahan, malangnya, sikap itu tidak ada.

Bangun dan pergi minum air secara berkala atau tetapkan jam makan tengah hari anda sebagai masa untuk berjalan sejenak. Anda juga boleh cuba menggunakan tangga setiap kali ingin pergi ke tingkat yang berdekatan.

 

3. TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Latihan pernafasan juga terbaik untuk postur. Ini kerana sebahagian otot pernafasan melakukan tugas berganda sebagai pembantu postur, terutamanya diafragma, abdomen, dan intercostal. Latihan pernafasan juga boleh menyegarkan mental anda dan memberikan rangsangan tenaga.

Sekiranya anda taknak melakukan teknik ini, sebaliknya mewujudkan dan mengekalkan postur yang baik di hadapan komputer boleh melakukan keajaiban untuk leher dan tulang belakang anda.

 

Please follow and like us:
2018-05-16T17:05:50+00:00

Leave A Comment