SAKIT BELAKANG BUAT ANDA TERJAGA DARI TIDUR?

 

 

Sakit belakang sepanjang hari boleh menjadi masalah bagi kita, ditambah pula sakit belakang ketika nak tidur. Mestilah anda semua pun tak suka perkara sebegini berlaku, kan?

Jadi, bagaimanakah anda dapat tidur nyenyak jika sakit belakang buat anda terjaga? Semestinya anda perlu buat try & error untuk merungkai masalah sakit belakang ketika hendak baring atas katil. Dalam sesetengah kes, ia mungkin sangat mudah seperti gantikan tilam baru, atau mengubah bantal supaya anda tidur dalam kedudukan yang lebih selesa.

 

Berikut Adalah Idea Untuk Tidur Dengan Lebih Baik Tanpa Sakit Belakang:

 

1)  GUNAKAN BANTAL PELUK

Ramai orang yang sakit belakang menggunakan bantal peluk sebagai sokongan. Gunakan bantal peluk kira-kira 5-6 kaki panjang, letakkannya di antara dua lutut anda, bertujuan membolehkan jajaran tulang belakang anda dapat berehat dalam keadaan mengiring. Tekanan pada bahagian belakang badan dapat dikurangkan dengan cara ini.

 

2) GUNAKAN BANTAL YANG TEPAT

Bantal sepatutnya harus menyokong tulang leher, bukan bahu, sehinggakan bahu tidak berada atas bantal. Bahu sepatutnya berada di atas tilam. Jika anda menggunakan bantal air, ia patut berisi kira-kira 5 liter air, bukannya berisi buih tradisional atau bantal kekabu.

 

3) CARI KESESUAIAN TILAM

Cuba tilam dulu sebelum membeli. Jika anda meminati dengan sesebuah tilam, cuba dulu dalam tempoh sebulan atau lebih. Cara ini memang memerlukan perbelanjaan lebih, ada beberapa kedai tilam yang menyokong sistem ini (beli untuk cuba dulu kalau tak selesa tukar lain). Kondisi tilam juga dipengaruhi oleh masa, tukarlah kepada yang baru jika tilam itu mula rasa tenggelam ketika anda baring di atasnya.

 

Baca lagi:

 

AMALKAN TIDUR YANG SIHAT “SLEEP HYGIENE”

Orang yang mengalami masalah sakit belakang mesti mengingati peraturan oleh doktor pakar yang ada menyebut mengenai “sleep-hygiene”. Antara beberapa cadangan termasuklah:

  • Elakkan minuman berkarbonat atau kafein, terutama ketika waktu nak tidur.
  • Wujudkan suasana tenang dalam bilik seperti keselesaan, kesenyapan dan tidak panas.
  • Berunding dengan doktor pakar jika anda mengalami masalah insomnia.

Selain itu, cuba elakkan tidur pada waktu siang, kerana ia boleh membuatkan anda susah untuk tidur pada malamnya. Mengekalkan kitaran waktu tidur yang sihat dengan pendedahan cahaya siang hari juga turut membantu, dan anda perlu juga mengelakkan makanan berat sebelum waktu tidur. Jika sakit belakang masih menganggu tidur anda, anda perlu berbincang dengan doktor tentang pendekatan lain untuk melegakan sakit belakang.

 

Please follow and like us:
2018-04-17T09:30:35+00:00

Leave A Comment