CARA INI TERBUKTI DAPAT MENCEGAH SAKIT BELAKANG

 

 

Gejala sakit belakang adalah satu kecenderungan yang dihadapi setiap orang di seluruh dunia. Anda boleh atasi masalah ini dengan hanya mengamalkan 5 langkah yang mudah ini.

 

5 Cara Ini Sangat Mudah Dilakukan & Berkesan:

 

1) REGANGAN BADAN

Senaman regangan adalah langkah yang paling utama bagi mencegah sakit belakang. Anda perlu elakkan dari kerap melakukan senaman angkat berat sekiranya anda merasai sakit belakang kerana ia menambahkan lagi rasa sakit tersebut. Contoh mudah yang boleh anda lakukan adalah seperti senaman yoga, pilates atau regangan biasa.

 

2) PENGEKALAN BERAT BADAN SEIMBANG

Berat badan yang berlebihan boleh mendatangkan beban kepada tulang belakang untuk menampung seluruh postur badan anda, lalu terjerumus kepada masalah sakit belakang. Jika anda betul2 ingin mengurangkan berat badan pastikan dengan melalui cara yang betul dan tidak hanyan bergantung pada ubat-ubatan.

 

Baca lagi:

 

3) PIL & UBAT-UBATAN YANG DISARANKAN

Anda boleh dapatkan ubat penyembuh sakit belakang di farmasi, pastikan anda dapat nasihat dari doktor supaya anda tidak mengambilnya secara galak.  Contohnya seperti non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) iaitu aspirin (Bayer), naproxen (Aleve) dan ibuprofen (Advil, Motrin); atau juga acetaminophen (Tylenol).

 

4) KHIDMAT URUTAN BADAN

Terapi mengurut badan juga salah satu alternatif merawat otot dan sendi tulang belakang menjadi relaks, kerana mungkin seharian bekerja sehingga otot dan sendi menjadi stress.

 

5) RAWATAN DI RUMAH

Jika anda mengalami sakit belakang dan rasa malas nak bergerak jauh2 utk dapatkan rawatan, cubalah teknik yang boleh dilakukan di rumah contohnya; anda boleh gunakan pek ais atau tuam dengan botol yang berisi air suam dan mintalah keluarga anda tuamkan pada belakang anda yang sakit tu. InsyaAllah sakit belakang akan berkurangan dalam tempoh 15 minit anda melakukannya.

Sekiranya sakit belakang masih dirasai, pergi dapatkan rawatan doktor sebab sakit belakang ni ada 2 jenis, samada ia berlaku sebab letih2 badan atau kecederaan pada tulang vertebral disc, tips no. 2 tu memang doktor tak boleh rawat la, korang kena rajin bersenam sendiri la!

 

Please follow and like us:
2018-04-18T01:44:59+00:00

Leave A Comment