FUNGSI BAJU POSTUR UNTUK TULANG BELAKANG

 

 

Sering kita ketahui, pemakaian baju postur di kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Tidak ramai yang betul2 mengambil berat mengenai postur badan, tapi ramai pula yang selalu mengeluh masalah sakit belakang, hmm. Itulah, pasal postur tak pernah peduli pun, tiba2 sakit belakang baru nak peduli pulak?

Hampir setiap artikel yang saya post berceritakan mengenai postur badan dan tulang belakang adalah sangat berkait rapat. Kebanyakan orang mengalami sakit belakang ketika duduk, berdiri atau mengangkat barang berat. Dah terang lagi bersuluh ketiga-tiga aktiviti tersebut adalah disebabkan postur yang tidak terjaga.

Saya percaya tak ramai orang di dunia ini yang betul2 menjaga postur badan tanpa memakai baju postur, hanya segelintir sahaja yang perihatin mengenainya. Sebab itulah wujudnya baju postur sejak kebelakangan ini, itu tandanya ada kesedaran oleh sesetengah pihak terhadap penjagaan postur yang baik oleh setiap orang.

 

APA FUNGSI BAJU POSTUR TULANG BELAKANG NI??

  • Ia membantu membetulkan jajaran tulang belakang dan mengurangkan kesakitan pada sendi2 tulang belakang.
  • Ia membantu menarik posisi bahu dan leher agar tegak & sejajar dengan tulang belakang.
  • Ia merangsang tubuh anda untuk sentiasa dalam keadaan postur yang sepatutnya.
  • Ia dapat mengurangkan ketegangan sendi & tulang belakang dari sebarang pergerakan sensitif.
  • Ia dapat mencegah badan anda dari membongkok.

 

KENAPA PERLU MENJAGA POSTUR BADAN??

Sekiranya perkara ini masih lagi tidak diambil peduli dalam aktiviti harian anda, maka berlakulah simptom-simptom ini:

  • Sakit belakang
  • Sakit pinggang
  • Sakit leher
  • Sakit kepala
  • Badan mudah letih & lesu
  • Pernafasan tidak lancar
  • Badan menjadi bongkok
  • Menampakkan fizikal anda lebih tua
  • Sistem penghadaman terganggu
  • Berisiko menghidap penyakit kronik seperti skoliosis dan slipped disc.

 

Baca lagi:

 

APA KESANNYA TERHADAP ‘LIFESTYLE’ ANDA??

  • Aktiviti harian terbatas, susah nak bergerak sana-sini
  • Sukar untuk bersukan atau bersenam
  • Sifat malas melanda diri serta banyak alasan
  • Sukar untuk mengawal berat badan
  • Kurang selesa ketika berdiri/duduk/berjalan/angkat barang
  • Badan pun penuh dengan bau minyak angin
  • Duit banyak habis membeli ubat atau painkiller

Saya harap dengan artikel ini anda mudah untuk faham apa kepentingan baju postur untuk postur tulang belakang kita. Anda boleh dapatkan baju postur dari kami samada melalui talian wsap atau beli online di website ini atau wasap saya  . Dengan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang menyokong produk baju postur SPINEED kami. Ok, jumpa lagi nanti!

 

Please follow and like us:
2018-04-18T02:38:13+00:00

One Comment

  1. […] 3) POSTUR BONGKOK […]

Leave A Comment