JAGA POSTUR. SAKIT BELAKANG TIADA

 

 

Masalah tulang belakang memang banyak kalau nak diceritakan. Seperti sakit belakang, lenguh pinggang, slipped disc dan mcm2 lagi lah. Cara mudah untuk elak masalah tulang belakang adalah dengan menjaga postur yang betul. Memang tak dinafikan lagi, pakar perunding kesihatan juga mengatakan hal yang sama.

Sesetengah dari kita memang sudah terbiasa dengan postur badan yang salah, contohnya ketika sedang bekerja di pejabat, korang boleh nilaikan sendiri macam mana cara korang duduk sepanjang 8 jam di pejabat. Contoh lain, pekerja kilang yang mengangkat barang setiap hari, adakah cara korang angkat tu betul?

 

Tips Menjaga Tulang Belakang (cegah sakit belakang):

Tips ini merangkumi keseluruhan postur termasuklah ketika korang berdiri, duduk, mengangkat barang.

 

1) MENGANGKAT OBJEK YANG BERAT

Contohnya ketika korang nak angkat anak kecil dari paras lantai, pertama sekali jangan sesekali bongkokkan badan, sebaliknya, bengkokkan lutut dengan badan yang tegak.

Jika korang tak berbuat demikian, ini menyebabkan tulang belakang terpaksa menarik bebanan dengan tekanan yang tinggi dan boleh menyebabkan pinggang terseliuh atau kejang. Tulang belakang tak dicipta untuk menarik beban selain berat badan.

Meskipun korang konfiden boleh angkat sesuatu objek, postur badan tetap perlu dijaga. Begitu juga ketika korang menyimpan barang berat di tempat yang tinggi, gunalah kerusi atau tangga, elakkan dari mengangkat objek berat lebih dari paras kepala.

 

Baca lagi:

 

2) BERDIRI LAMA

Ganti posisi berdiri secara berkala jika terpaksa berdiri dalam jangka masa lama. Contohnya ketika sedang menggosok baju. Ini perlu untuk menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdiri tegak, jangan membongkok, luruskan bahu. Berdiri untuk tempoh yang lama bukan sahaja mendatangkan sakit belakang, malah tumit juga akan mengalami kesakitan.

 

3) SEWAKTU BERJALAN

Berjalanlah dengan tegak, dengan kepala memandang ke depan dan punggung tidak menonggek. Berjalanlah dengan postur tegak, pandang ke depan(jangan tunduk sangat), dan hujung kaki menunjuk lurus ke depan(bukan berjengket).

Disarankan supaya memakai kasut yang selesa dan bertapak tipis. Hindari berdiri dengan posisi yang sama dalam waktu lama. Jangan berjalan membongkok, seeloknya jangan guna kasut tumit tinggi.

 

4) KETIKA DUDUK

Contohnya ketika memandu, duduklah dengan tegak, tarik kerusi supaya kaki berada lebih dekat dengan pedal. Pastikan kedua-dua lutut selari dengan pinggul.

Sokong bahagian bawah punggung dengan penyokong tulang belakang. Jangan duduk terlalu jauh dari stering. Perhatikan kaki ketika menekan pedal. Jika terlalu jauh, dekatkan, ini kerana otot kaki boleh menyebabkan menjadi kejang dan tekanan di tulang punggung ketika kaki mahu mencecah pedal. Dalam hal ini, kaum wanita harus lebih perihatin.

Ketika duduk di depan komputer atau di depan tv terlalu lama, pastikan peha selari dengan lantai, jangan sampai lutut lebih tinggi dari peha atau angkat kaki lebih tinggi dari lantai. Biarkan kedua telapak kaki berada rata di lantai dan punggung mendapatkan sokongan dari belakang kerusi.

Untuk lebih selesa, letakkan pelapik bergulung dibahagian bawah punggung. Pastikan anda melihat lurus ke depan, tidak menunduk atau melihat ke atas. Posisi yang tidak selesa dalam waktu yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.

 

5) KETIKA BARING

Semasa tidur pula, manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi keselesaan masing-masing. Namun, untuk menjaga tulang punggung dengan baik, pastikan tempat tidur sederhana keras dan rata.

Ketika tidur dengan posisi mengiring, bengkok sedikit lutut, biarkan kedua-dua lutut tersebut bertemu, lebih selesa jika letakkan bantal diantara lutut. Jika tidur terlentang, letakkan bantal kecil dibawah lutut.

Elakkan dari tidur meniarap, ini boleh menyebabkan tulang belakang sakit kerana postur tulang belakang melentur ke arah bertentangan. Elakkan tidur di fabrik yang terlalu lembut seperti sofa, kerana ia tidak direka untuk menyokong lengkungan tulang belakang.

 

6) ALAT BACK SUPPORT

Penyokong postur direka khas untuk memelihara postur tulang belakang sepanjang masa, ia hanya perlu pakai pada badan saja. Jika postur tulang belakang terjaga dengan baik, maka tiadalah muncul masalah2 tulang belakang seperti yang dikatakan tadi.

 

Please follow and like us:
2018-04-19T07:33:27+00:00

One Comment

  1. […] JAGA POSTUR. SAKIT BELAKANG TIADA […]

Leave A Comment