TANDA-TANDA AWAL SLIPPED DISC!

 

tanda awal slip disc

 

PENGENALAN TENTANG SLIPPED DISC

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang

terdapat perlindungan, lapisan bulat(tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu menyerap-hentakan di antara tulang vertebra apabila badan bergerak.

Saraf tunjang berada di tengah-tengah melalui ruang vertebra dan ia amat sensitif kepada sentuhan. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

Slip disc berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah bocor. Lalu menyebabkan  cecair seperti gel bahagian cakera membengkak dan meleleh keluar. Walaubagaimanapun, kemerosotan cakera kerap berlaku dari peningkatan usia seseorang.

 

TANDA-TANDA AWAL SLIPPED DISC, ANTARANYA:

  1. Sakit belakang, leher, atau bahagian atas pinggang.
  2. Kadang-kadang terasa kebas di bahagian-bahagian atas badan dan di bawah kawasan yang terjejas (di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur boleh membawa kepada keadaan separa lumpuh.
  3. Sesetengah kes, bahagian atas pinggang terasa lemah dan sukar untuk berdiri.
  4. Penderitaan slipped disc juga boleh mengalami rasa kurang selesa dan gatal-gatal pada kemaluan (sukar menahan kencing).
  5. Pesakit juga mungkin mengalami sakit menyucuk ketika bersin, batuk, berjalan, dan lain-lain.

 

Baca lagi:

 

GEJALA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DENGAN SEGERA:

  1. Kelemahan sensasi atau kebas pada mana-mana anggota badan bahagian bawah.
  2. Kehilangan kekuatan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
  3. Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing.
  4. Rasa berdenyut pada bahagian dalam peha.
  5. Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.
  6. Terasa sangat lemah berpanjangan dengan sensasi tusukan walaupun dalam sedang berehat.
  7. Lemah tenaga batin.
  8. Kesan yang berpanjangan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh.

 

P/s: Perlu diingatkan agar pesakit merujuk kepada doktor jika mengalami tanda-tanda awal ini sebelum ia tambah melarat.

 

Please follow and like us:
2018-04-20T01:41:52+00:00

One Comment

  1. Farzus January 18, 2018 at 3:31 pm - Reply

    Untuk menyelesai masalah sakit pinggang

Leave A Comment