KESAN OBESITI TERHADAP TULANG BELAKANG!

 

 

Anda tahu apa itu obesiti? Apa kesan obesiti terhadap tubuh kita? saluran darah tersumbat? diabetes? tekanan darah tinggi? Adakah obesiti juga memberi kesan terhadap tulang belakang? jawapannya ya, ada!

Kemungkinan besar penghidap obesiti akan mengalami 6 simptom ini. Tengok nama pun dah pelik, apatah lagi penyakitnya macam mana:

  • Osteoporosis
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid arthritis
  • Degenerative disc disease
  • Spinal stenosis
  • Spondylolisthesis

 

BAGAIMANA OBESITI BOLEH MEMBERI KESAN TERHADAP TULANG BELAKANG?

Tulang belakang direka untuk menampung berat seluruh badan. Apabila ia menampung berat badan yang terlampau berat, tulang belakang terpaksa menerapkan bebanan tersebut dimana ia boleh menjejaskan kerosakan struktur tulang vertebra. Kawasan tulang belakang yang paling terdedah dengan risiko ini ialah bahagian bawah belakang iaitu ‘lumbar spine‘.

 

SAKIT BELAKANG HANYA PADA GOLONGAN BERUSIA SAHAJA?

Sekiranya seseorang itu tidak menghidap penyakit2 seperti obesiti di usia awal, maka benarlah sakit belakang mungkin akan berlaku pada usia tua kerana faktor penuaan tisu dalam tulang belakang. Jika seseorang itu menghidap obesiti, risiko yang mungkin dia dapat dari kesan sakit belakang termasuklah:


1) POSTUR

Postur yang tak sihat boleh mengakibatkan sakit leher dan belakang badan. kecergasan fizikal sangat diperlukan untuk menyokong tulang belakang.

 

2) SAKIT DI BAHAGIAN BAWAH BELAKANG

Obesiti boleh menerukkan lagi sakit belakang dan akan menyebabkan kesakitan berulang-ulang.

 

Baca lagi:

 

3) OSTEOPOROSIS

Gaya hidup yang tidak aktif ditambah pula dengan pemakanan yang tak seimbang akan menjejaskan ketumpatan dan kekuatan struktur tulang (spinal vertebrae) sejurus mengakibatkan kerapuhan tulang.

 

4) OSTEOARTHRITIS & RHEUMATOID ARTHRITIS

Sendi2 pada tulang belakang dipanggil sebagai ‘facet joints’. berat badan yang berlebihan menyebabkan kedudukan sendi2 tersebut dalam keadaan tekanan yang melampau sama ada ketika anda bergerak atau berehat.

 

PEMBANGUNAN OBESITI

Sektor perindustrian dan pemodenan memberi impak besar terhadap makanan kita, dimana kita tak perlu susah2 untuk mendapatkan makanan seperti orang2 yg hidup dizaman purba. Dari situlah bermulanya obses kita tanpa menghiraukan segala kesan kebaikan & keburukan sesuatu makanan terhadap kesihatan kita. Akhir kata, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

 

Please follow and like us:
2018-04-20T02:58:27+00:00

Leave A Comment